Kenali Pasangan Anda Dengan Sikapnya Mengikut hari yg si Dia Dilahirkan :D

                         note : mungkin separuh sahaja yang benar .

1 haribulan :
si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran . ajak lah si dia bersantai di persisiran pantai .

2 haribulan :
anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik . pada peringkat awal dia malu malu kerana takut dikecewakan . mulakan perhubungan sebagai teman rapat .

3 haribulan :
sikap si dia sukar diramal . lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan . si dia gemar melancong atau berkhemah , ini membuatkan si dia kekurangan masa .

4 haribulan :
kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru . apakata , setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara , berilah sepenuh sokongan kepadanya .

5 haribulan :
selalunya si dia gemar memendam perasaan . walaupun menyukai seseorang , sukar baginya berterus terang .\

6 haribulan : 
si dia umpama magnetik . semua orang sukakannya . ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa sahaja .

7 haribulan :
cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain , ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan .

8 haribulan :
si dia agak pendiam dan sukar didekati . si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya . kadangkala si dia juga banyak cakap .

9 haribulan :
pandai mengambil hati dan penyayang . tapi awas ! ramai gadis/jejaka yang mengejarnya . maknanya , anda mempunyai ramai saingan .

10 haribulan :
jujur , berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini . si dia mudah di senangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya .

11 haribulan :
mementingkan kerjaya , ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial .

12 haribulan :
lebih bersikap sederhana . tidak suka memikirkan hal remeh temeh . bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan .

13 haribulan :
tegas membuat keputusan . mungkin kali pertama mengenalinya , seseorang cepat bosan tapi dia penyayang .

14 haribulan :
berjiwa penyayang dan suka kanak kanak . si dia juga mementingkan keluarga . 

15 haribulan :
suka memendam rasa , sering mengukir senyuman namun dihati , siapa tahu ?

16 haribulan :
garang ! walaupun garang , adakalanya dia punya sikap romantik dan penyayang . tidak hairanlah lelaki/gadis jenis ini amat sukar didekati .

17 haribulan :
lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan .

18 haribulan :
berkebolehan melukis dan kreatif . banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini .

19 haribulan :
mudah tersinggung dan agak manja . si dia suka jika anda melayannya seperti bayi . melalui lirikan dan senyuman manja anda , sudah cukup untuk menawan hatinya .

20 haribulan :
tenang dan bersahaja . adakalanya jika menghadapi situasi mencemaskan , riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya .

21 haribulan :
angin tidak menentu tapi masih lagi boleh dikawal . gemar bersantai di cafe sambil mendengar muzik rentak perlahan .

22 haribulan :
agak emosi dan sukar mengawal perasaan . tetapi  jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis/lelaki .

23 haribulan :
ego dan pentingkan diri sendiri . si dia juga mementingkan kawannya . namun ada kalanya dia juga agak emosi .

24 haribulan :
takut menghadapi kekecewaan , mungkin disebabkan kisah silamnya .

25 haribulan :
gembira dan gemar berlawak .

26 haribulan :
si dia mudah dipengaruhi . jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekesih .

27 haribulan :
walaupun nampak ganas , sebenarnya ia berjiwa sentimentel . jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya .

28 haribulan :
si dia suka memerintah . anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda .

29 haribulan :
gemar bertukar pasangan . renungan manja anda dapat mencairkan si dia . 

30 haribulan : 
boros berbelanja terutama menyolek kereta kesayangannya . jika boleh , beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa hadapan .

31 haribulan :
gemar bergaya dan pentingkan penampilan . si dia juga sukakan gadis/lelaki berpesonaliti .

note : jangan baca untuk diri senditi plak . neyh utk pasangan korang jea tao =,=



0 Lollypop:

Post a Comment