Hatiku dah terbuka untuk terima lelaki? Iye kea?? @#$%^&^$

Hello geng ! lama tak jumpa kan . ngeh ngeh ngeh . sorry lah . mesti korang ramai yang dah lari , malas nak follow gua and lebih ceria lagi tanak jejak langsung lah blog comel gua ni . huhu . almaklum lahh . gua dah lama tak update . story pun ntah zaman bila punya . dah lapuk and berhabuk dah pun lama . huhu . bukan apa . sejak gua dah continue study ni macam macam gua nak kena fokus . haih .. harap korang memahami lah yea ^^, membebel plak gua ni . ngeee~~

okay . entry kali ni bukan menarik pun bagi korang actually . nak baca , baca jea aa . jangan malu2 . HAHA :DD . gua pun sekarang dah tade idea nak buat entry apa . so , hentam saja lahh ;) wink wink ..

okay , entry kali ni gua nak cakap pasal sorang mamat ni . actually gua cuma nak gy tahu yg gua dah mula sayang kan dia . memang asal nya gua tanak pikir pun bab bab bercinta ni .. nak berkawan jea . tapi rapat aa . tup tup lama kelamaan gua mula ada prasaan kat dia .. sebab nya ?? HAHA . sebab nya dia setia menunggu gua , buat apa saja untuk gua , happy kan gua , jaga gua , ambil berat sal gua , selalu ada disamping gua waktu susah senang , jaga makan minum gua sumpah dia baik sangat ngan gua . memang gua terharu . sangat sangat . tapi ....... gua tak boleh nak couple ngan dia lagi . ada lah sebab sebab nya .. harap dia memahami lah keadaan gua and kenapa gua tanak . gua pun dah serik dah sebenarnya couple2 ni . macam haram . errr . hakikatnya memang HARAM punn . BHABHABHA . haih . ke situ pulakk . hmm .. lagi pun gua tanak dikecewakan lagi . kalau boleh gua nak single sampai lahh khawin :p gua tak puas lagi nak enjoy ni :p . kalau ada bf ni terkongkong jea . betol tak . macam Tag Line Hidup gua "SINGLE LAGI FUNCTION" nak lepak ngan mamber2 pun susah .. huhu . biasa lah kan . remaja yang baru nak meningkat ke alam dewasa , tak puas nak enjoy ;p .. umur gua ni pun baru brape . awal lagi tott .. adoii .. ter ber :DD . ngeh ngeh ngeh . tapi pape pun .. kalau ada jodoh tak kemanakan . insyaAllah bersama jugak . kan kan :) nama dia tak perlu lah gua nak gy tahu sape . yang pasti gua memang dah sayang dia . "so , that mean berbaloi gak aa mamat tuh tunggu gua sampai berjanggut kan . HAHA . thankz to that guy cz sudi tunggu gua and tahan kerenah gua . thankz a lot . ada jodoh tak kemana . ingat tuh :) weeee ~~~

untuk mamat tuh : apa senyum2 ? tengah baca blog I lahh tuh .. ingat tau you :) dah ! jangan sampai mimpi dah aa .. okay ^^.

lamanya aku tak update kao kan :)

ohoooooiiii .... hoooii !!! huhu . lama nya aku tak update blog sayang aku ni . biasa lah . aku guna kan kao bila aku sedih jea . time aku happy aku lupa kan kau kan . alahai sian kao kan blog . dah berhabuk dah kao ni . haih = =' meh sini aku sapu2 sikit ... tiup2 sikit .. fuhh fuhh ! haa kan dah bersih .. heee ~~ tape jangan sedih yea blog manja . nanti aku ada cerita menarik aku kongsi ngn follower2 kita yea blog . iloveyou lahh :DD

Kenali Perempuan . (Andai Lelaki Tahu)


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.